Ibu Hamil Perlu Tahu Kepentingan Memilih Susu Pranatal Tanpa Gula Tambahan

Sya Alkaf


Pengambilan zat dan nutrien yang secukupnya adalah sangat penting untuk ibu mengandung bagi memastikan janin di dalam kandungannya berkembang dengan baik. Terutamanya ketika trimester pertama yang mana pembentukan sel dan perkembangan organ janin berlaku dengan pantas.

Sebab itulah, pakar sering menyarankan agar ibu hamil mengambil makanan yang bernutrisi dan mengamalkan diet seimbang mengikuti Piramid Makanan Malaysia.

Jadikan pengambilan sumber protein seperti ikan dan ayam, sayur-sayuran hijau, bijirin seperti nasi perang dan oat, buah-buahan dan susu/produk tenusu seperti susu pranatal sebagai sebahagian daripada diet seimbang agar kedua-dua ibu dan janin mendapat nutrien-nutrien yang diperlukan.

PENGAMBILAN SUSU PRANATAL KETIKA HAMIL

Namun, suka untuk kami ingatkan bahawa pemilihan susu pranatal yang tanpa gula tambahan adalah sangat penting. Tahukah anda pengambilan gula berlebihan terbukti secara klinikal menjadi salah satu punca  terjadinya Gestational Diabetes Mellitus (GDM)? (1)

GDM adalah situasi dimana wanita mengandung menghidap diabetes atau kencing manis ketika hamil meskipun mereka sebelumnya tidak mempunyai sebarang sejarah penyakit tersebut.

Ia berlaku apabila rintangan insulin meningkat sekaligus menyebabkan paras gula tinggi dalam darah.

Di Malaysia sahaja merekodkan kadar GDM sehingga 22.5% (2).

GDM juga dikaitkan sebagai salah satu kesan kenaikan berat badan secara mendadak yang berlebihan yang boleh memberi impak kepada tubuh si ibu bahkan berkemungkinan menyebabkan pembesaran janin secara berlebihan di dalam rahim (3).

ANMUM™ MATERNA DIFORMULASIKAN DENGAN NUTRIEN PENTING SERTA TANPA GULA TAMBAHAN**

Buat para ibu yang masih ragu-ragu tentang pilihan susu pranatal yang ada di pasaran, kami sarankan untuk mencuba Anmum™ Materna kerana ia adalah satu-satunya susu pranatal di pasaran yang diformulasi tanpa sebarang gula tambahan** langsung!

Rajah di atas menunjukkan jenama lain di pasaran yang mana mengandungi gula tambahan daripada pelbagai sumber. Anmum™ Materna bukan sahaja tanpa gula tambahan** malah mempunyai tahap lemak dan GI yang rendah.

Ia juga mengandungi keperluan nutrisi yang jauh lebih tinggi berbanding susu biasa seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah:

Dengan pengambilan 2 gelas Anmum™ Materna setiap hari membantu untuk menyokong 100% keperluan nutrisi ibu-ibu mengandung merangkumi Asid Folik, Kalsium, Zink, Vitamin B₂ dan Vitamin E (4)

Sebab ini jugalah susu pranatal Anmum™ Materna menjadi pilihan ramai sehingga mereka berjaya diangkat sebagai jenama susu pranatal nombor 1 di seluruh Semenanjung Malaysia dalam Kategori Makanan Minuman Kesihatan (5)

DAPATKAN SAMPEL ANMUM™ MATERNA SECARA PERCUMA SEKARANG!

Para ibu atau bakal ibu anda boleh dapatkan sampel Anmum™ Materna secara percuma melalui laman web rasmi mereka di SINI. Anda hanya perlu isikan maklumat peribadi dan pilih perisa Anmum™ Materna sama ada biasa atau coklat. Kemudian, sampel tersebut akan dihantar terus ke rumah anda!

Ataupun anda juga boleh membeli pek percubaan Anmum™ Materna secara atas talian melalui laman web Lotus di SINI. Cepat dan mudah!

Selamat mencuba!

Rujukan:

(1)  Casas et al. (2020). Nutrients. 12, 3574.

(2) Kunasegaran et al. (2021). Int J Environ Res Public Health. 18(3),1272.

(3) Qi et al. (2020). J Diabetes Investig. 11, 1651-1660.

(4) RNI Malaysia, 2017

(5) Berdasarkan Audit Runcit untuk Makanan Minuman Kesihatan bagi 12 bulan berakhir April 2021 di Seluruh Semenanjung Malaysia (Hak Cipta © 2021, The Nielsen Company (M) Sdn Bhd)

**Sukrosa, Pepejal Sirap Glukosa, Pepejal Sirap Jagung, Gula Perang, Dekstrosa, Laktosa, Fruktosa, Madu dan Gula Putih ditakrifkan sebagai ‘gula’ dan ‘gula tambahan’ di bawah CODEX Standard 212-1999 dan CAC/GL23-1997. CODEX membangunkan garis panduan dan kod amalan piawaian makanan antarabangsa yang diselaraskan. Di bawah Peraturan-peraturan Makanan 1985, Sukrosa, Gula Perang, Dekstrosa, Glukosa, Fruktosa, Madu ditakrifkan sebagai bahan pemanis. Untuk Anmum™ Materna Biasa sahaja. Perisa coklat adalah kurang manis.