Berapa Berat Badan Yang Sepatutnya Anda Capai Semasa Hamil?

Ketika hamil, pasti ramai yang menggalakkan Mama makan lebih banyak kerana Mama sedang makan untuk dua – ia tidak benar!

Walaupun kita sedia maklum yang ibu hamil perlukan lebih nutrisi, namun begitu pengambilan makanan tidak seharusnya berganda. Amatlah penting untuk mengekalkan diet pemakanan yang sihat ketika hamil, di samping mendapatkan nutrien penting untuk menyokong Mama, serta perkembangan dan tumbesaran janin. 

Langkah pertama adalah untuk mengetahui berapa berat badan yang harus dicapai ketika hamil – berdasarkan Indeks Jisim Badan (BMI) sebelum hamil. Contohnya, jika Mama mempunyai berat badan 55kg dan ketinggian 1.65m sebelum hamil, BMI Mama adalah 20.2, makaMama sepatutnya mencapai berat badan dalam lingkungan 11.5kg dan 16kg sepanjang kehamilan. 

Rujuk kepada carta ini untuk mengetahui berat badan yang yang harus dicapai semasa hamil:

Kini, Mama boleh mula merancang untuk diet harian yang sihat! Cuba mengambil makanan yang berkhasiat, rendah lemak dan gula, supaya Mama boleh mendapat nutrisi penting di samping mengekalkan berat badan kehamilan yang sihat. Anmum™ Materna dengan Mind-Q Connect mengandungi nutrien penting untuk menyokong Mama dan perkembangan janin. Ia merupakan satu-satunya susu pra-natal TANPA GULA TAMBAHAN dan rendah lemak, supaya Mama boleh menikmati susu ini dengan sokongan untuk mengekalkan berat badan kehamilan yang sihat!