Memudahkan kepulangan anak kedua anda

Membawa pulang anak kedua biasanya akan membuat si sulung rasa teruja. Tetapi pada masa yang sama, anak sulung anda mungkin akan berasa risau tentang perubahan yang akan datang dengan kehadiran adik baru.

Berikut adalah beberapa petua untuk memudahkan peralihan anak anda daripada anak tunggal kepada anak sulung.

Raikan kepulangan si bongsu bersama.
Lebih baik anda kenalkan si sulung kepada adik barunya secepat mungkin.
Biarkan si sulung melawati anda dan adik barunya di hospital dan bawanya sekali ketika membawa adik barunya pulang.
Ini lebih baik daripada menyuruhnya menunggu di rumah dan ini juga membantu mengurangkan kerisauan serta membuatkannya lebih teruja dengan kehadiran adik barunya.

Mengawal kehadiran tetamu.
Apabila ada kehadiran si kecil yang baharu di rumah, sudah tentu akan ada ramai tetamu yang ingin melawat. Selalunya, mereka akan lebih melayan anak kedua, dan si sulung akan diabaikan. Cuba kawal kehadiran bilangan tetamu yang datang atau ajak mereka untuk datang melawat ketika si sulung sedang tidur atau berada di sekolah.

Hadiah untuk si sulung.

Apabila tetamu datang untuk melawat cahaya mata baharu, mereka selalunya akan membawa hadiah untuk si kecil. Tetamu yang bertimbang rasa akan membawa hadiah untuk si sulung juga; tetapi kebanyakannya tidak.

Jadi mintalah datuk nenek dan juga ayah untuk membawa sesuatu yang istimewa untuk si sulung supaya tiada sesiapa yang berasa ketinggalan.

Berikan perhatian kepada si sulung

Ketika anda sibuk dengan anak kedua, pastikan anda memberikan perhatian kepada si sulung juga. Beritahu si sulung yang anda sangat bangga dengannya kerana menjadi seorang abang atau kakak yang hebat untuk adiknya.

Luangkan masa bersama si sulung sahaja seperti membuat kolaj, ketika adik sedang tidur. Ayah juga boleh memainkan peranan dengan mengadakan sesi bersama si sulung seperti pergi ke taman pada waktu petang. Membawa pulang anak kedua anda selalunya akan menggembirakan si sulung, tetapi pada masa yang sama, anak sulung anda mungkin akan berasa risau tentang perubahan yang akan datang dengan kehadiran baharu ini.
 

Rujukan:

What to expect the first year, muka surat 732

http://www.whattoexpect.com/toddler/behavior-and-discipline/new-sibling/first-weeks.aspx