Bersenam dengan cara yang betul, bukannya serta-merta

Ingin kurangkan berat badan selepas bersalin? Ketahui apa yang perlu dibuat. Rutin senaman yang betul boleh meningkatkan kekuatan fizikal dan stamina anda, membantu anda untuk menjaga si manja yang baru lahir. Berikut merupakan beberapa panduan bagi mereka yang ingin bermula!

Tunggu untuk masa yang sesuai
Terdapat perkara yang perlu diberi perhatian selepas bersalin, jadi dapatkan kebenaran daripada doktor atau pakar kesihatan sebelum mula bersenam.

Jangan bersenam dengan kertalulan

Jika anda tidak mendapat rehat dengan secukupnya akibat tangisan si manja pada pagi hari, lebih baik tangguhkan senaman dan mengutamakan masa rehat anda.

Meregang dengan betul, tanpa kesan regangan.
Buah dada anda memerlukan sokongan yang sesuai ketika anda bersenam. Jadi pakailah bra sukan yang padan, untuk mengurangkan risiko kesan regangan.

 

Berpeluhlah
Pada skala skor intensiti 1 hingga 10 – di mana 1 ialah mudah bernafas dan 10 ialah anda tidak mampu untuk bercakap –cuba untuk mencapai skor 7. Kekal di zon itu selama 20-30 minit, tiga kali atau lebih dalam seminggu untuk membakar lemak anda.

Senaman ringan ke sederhana
Elakkan senaman intensif , dan lakukan senaman ringan atau sederhana sahaja. Pilihlah senaman yang bersesuaian dan utamakan senaman yang boleh memperbaiki postur dan menguatkan otot anda. Dengan pelbagai tugasan harian, anda amat memerlukannya.