Bersedia untuk memberikan susu ibu

Semasa menyusu bayi anda, anda perlu prihatin tentang pengambilan nutrien, kawalan berat badan dan makanan laut yang perlu dielakkan.

Jangan kira kalori

Berapa banyak kalori yang anda perlu ketika menyusu bayi? Walaupun tiada jawapan tepat, kebanyakan ibu yang sedang menyusu bayi perlu 2,500 hingga 2,680 kcal sehari, bagi 6 bulan pertama semasa penyusuan.

 

Kurangkan berat badan dengan perlahan

Jangan tergesa-gesa untuk mengurangkan berat badan selepas bersalin ( terutamanya jika anda sukar mengurangkan berat badan). Mengamalkan diet yang ekstrim selepas bersalin akan menyusutkan tenaga dan bekalan susu anda. Elakkan semua ini dengan mengurangkan berat badan anda secara beransur-ansur. Anggarkan masa setahun untuk mencapai berat badan anda sebelum hamil.

Pilih ikan dengan berhati-hati

Makan lebih makanan laut yang membekalkan anda lemak (baik) omega-3 seperti salmon, udang, tuna dalam tin, ikan trout air tawar, ikan tilapia , ikan keli, ketam, ikan pollock, dan kekapis. Ambil sehingga 12 auns daripada mana-mana makanan laut ini setiap minggu.

Jika anda tidak suka makanan laut, cubalah suplemen omega-3. Tetapi sebelum mengamalkannya, dapatkan nasihat daripada pakar kesihatan anda untuk mengetahui dos yang perlu anda ambil.

 

Elakkan makanan berikut: Ikan yu, ikan todak, ikan tenggiri raja, ikan tilefish.