Membongkar Mitos Kehamilan dengan Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G): Dr Lily Fariza & Dr Tan Cheng

Adakah anda sering mencari maklumat dalam talian atau menerima nasihat daripada kenalan rapat anda tentang perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa kehamilan? Kadang kala, ini membawa kekeliruan dengan apa yang semua orang beritahu anda. Kenyataan seperti 'Jangan buat ini' dan 'anda mesti buat itu’ biasa menjadi tema dalam hampir setiap perbualan.

Kami memahami kebimbangan anda, jadi kami telah menyediakan satu siri video daripada doktor O&G untuk membongkar beberapa mitos kehamilan.

Gula darah tinggi dan penambahan berat badan berlebihan semasa kehamilan. Adakah susu pranatal harus dipersalahkan?

Tahukah anda, 1 dalam 5 ibu hamil di Malaysia menghidapi GDM (Gestational Diabetes Melitus) - satu keadaan yang dicirikan dengan gula darah tinggi semasa hamil1.

Pengambilan gula yang tinggi semasa mengandung dikaitkan dengan risiko GDM yang tinggi.

Namun begitu, tiada kajian menunjukkan susu pranatal adalah dikaitkan dengan risiko GDM.

Apakah faktor risiko lain yang meningkatkan kemungkinan anda mendapat GDM dan apakah diet yang disyorkan untuk ibu hamil dengan GDM? Mari dengar daripada doktor untuk mengetahui lebih lanjut sekarang!

 

¹Kunasegaran et al. (2021). Int J Environ Res Public Health. 18, 1272.

Adakah ibu mengandung perlu minum susu pranatal?

Tahukah anda 9 daripada 10 ibu mengandung di Malaysia tidak mengambil asid folik & kalsium yang mencukupi setiap hari! 2,3

Ia sememangnya bukan mudah untuk memenuhi keperluan nutrisi kehamilan yang meningkat semasa mengandung. Namun, susu pranatal boleh menjadi salah satu sumber nutrien penting yang baik seperti kalsium, asid folik serta DHA dan Gangliosida untuk ibu hamil.

Dengar daripada doktor mengapa susu pranatal adalah pilihan yang baik untuk menjadi sebahagian daripada diet kehamilan anda!

 

2. Manaf et al. (2014). Jurnal Sains Kesihatan Malaysia. 12(2), 53-62. |

3. Hamid et al. (2019). Int. J. Environ. Res. Public Health. 16, 4720.

Bagaimana untuk mengenal pasti susu pranatal tanpa gula tambahan?

Bukan semua susu pranatal di pasaran sama. Walaupun terdapat banyak jenis susu pranatal di pasaran yang mengandungi gula tambahan, terdapat susu pranatal di pasaran yang tidak mengandungi gula tambahan** tetapi masih mengandungi kebaikan yang diperlukan oleh ibu hamil untuk dirinya dan janin yang sedang membesar.

Tahukah anda kajian menunjukkan pengambilan sukrosa dan minuman manis yang berlebihan semasa hamil memberi kesan kepada kognisi kanak-kanak sehingga berumur 7 tahun!4

Gula datang dalam pelbagai bentuk dan mempunyai berpuluh-puluh nama yang berbeza. Ini boleh menjadikannya sukar untuk dikenal pasti. Bagaimanakah dapat saya tahu jika susu mengandungi gula tambahan? Belajar sekarang daripada doktor!

**Sucrose, Glucose Syrup Solid, Corn Syrup Solid, Brown Sugar, Dextrose, Lactose, Fructose, Honey and White Sugar are defined as ‘sugars’ and ‘added sugars’ under CODEX Standard 212-1999 and CAC/GL23-1997. CODEX develops harmonised international food standards guidelines and code of practices. Under Malaysia Food Regulations 1985, Sucrose, Brown Sugar, Dextrose, Glucose, Fructose, Honey are defined as sweetening substances. For AnmumTM MATERNA Plain only. Chocolate flavour is less sweet.

4. Cohen et al. (2018). Am J Prev Med. 54(6), 725-735