Langkah 1 - Kami memahami para ibu bapa.

Ramai antara kami di sebalik jenama Anmum adalah ibu dan bapa. Apa yang anda rasakan penting bagi anda, sebenarnya penting bagi kami juga.

Kami sentiasa belajar daripada ibu bapa di seluruh dunia dan melakukan penyelidikan untuk mencari cara baharu menyokong pertumbuhan dan perkembangan awal anak anda. Seperti anda juga, kami komited untuk membantu memberikan mereka satu permulaan kehidupan yang hebat.

Langkah 2 - Kami mulakan dengan sumber kebaikan yang dipercayai.

Kualiti produk kami yang hebat bermula dengan 10,500 keluarga petani yang membekalkan susu segar untuk digunakan dalam produk kami.

Mereka menggunakan beberapa sistem pertanian berasaskan padang rumput yang paling maju di dunia. Persekitaran New Zealand yang unik membolehkan lembu-lembu mendapatkan makanan secara semula jadi di padang-padang rumput pada sepanjang tahun. Pemakanan ini membantu mereka kekal sihat dan menghasilkan susu yang berkualiti tinggi

Langkah 3 - Kami mencipta produk kami bersama pakar-pakar yang berpengalaman

Kepakaran kami terbina berdasarkan pengalaman selama lebih 50 tahun dalam menghasilkan pemakanan ibu dan anak.

Kami bersungguh untuk mencipta nutrisi yang menyokong hubungan antara anda dan anak anda. Kami bekerjasama dengan pakar-pakar dalam pelbagai bidang untuk membangunkan kaedah inovatif yang menyokong anda dan perkembangan anak anda serta membantu mereka mencapai potensi mereka yang sepenuhnya.

Langkah 4 - Dari ladang kami ke rumah anda.

Kami tahu betapa anak anda adalah harta yang tidak ternilai. Oleh itu, kami sangat menjaga ramuan dan produk kami serta membawanya dari ladang kami kepada anda.

Kami menggunakan sistem kualiti dan keselamatan yang terkini, mengamalkan proses yang ketat dan melakukan ujian produk akhir. Produk yang meninggalkan New Zealand mendapat sijil eksport daripada Kementerian Industri Utama sebagai jaminan rasmi bahawa produk tersebut memenuhi piawaian dan syarat tertentu.

Langkah 5 - Selamat & dilindungi dengan setiap langkah.

Fonterra melakukan lebih 60,000 ujian keselamatan dan kualiti setiap tahun. Oleh itu, anda boleh yakin bahawa produk yang anda beli adalah selamat dan berkualiti tinggi.

Kami memastikan integriti produk kami dalam setiap langkah. Kami melakukan semua ini supaya kami tahu bahawa kami berkongsi hanya yang terbaik dengan anda dan anak anda. Anda juga boleh yakin bahawa anda memberikan permulaan yang selamat dan hebat kepada anak anda.