Kami adalah pengeluar produk tenusu di New Zealand selama lebih dari seabad yang lalu.

Daripada legasi keluarga peladang kepada pelabur antarabangsa dalam kajian & penyelidikan produk nutrisi berkualiti tinggi

Kepakaran kami telah berkembang maju daripada warisan generasi keluarga peladang yang telah menjadikan New Zealand sebagai pengeluar tenusu yang terunggul, melalui sikap yang positif dan semangat kerjasama.

Dalam tempoh itu, kami telah menjadi pelabur global dalam bidang penyelidikan, inovasi dan keselamatan produk. Seramai 250 orang dari pasukan kami yang memberikan tumpuan terhadap inovasi dan Sistem Keselamatan Fonterra bagi memastikan akauntabiliti lengkap di mana-mana sahaja di dunia dan agar produk kami memenuhi standard global tertinggi.

Kami bangga dengan pengeluaran produk-produk yang berkhasiat dan berkualiti tinggi kami iaitu produk Anmum yang membantu untuk perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak di New Zealand – dan juga produk-produk ibu mengandung dan ibu menyusu di seluruh dunia.



Syarikat Fonterra yang terdahulu, The New Zealand Dairy Group telah mencipta susu formula bayi pertama untuk pelanggan global di Kilang Waitoa, Waikato.



The New Zealand Dairy Group terus mengembangkan keupayaan pengilangan mereka, dan menjadi salah satu pengeluar kontrak terbesar di dunia dalam bidang pemakanan pediatrik.



The New Zealand Dairy Group menghasilkan jenama sendiri iaitu Anmum™ Materna untuk menyokong keperluan nutrisi untuk ibu hamil dan dilancarkan di Malaysia dan Singapura



Jenama ini meluaskan rangkaian produk di Asia dan menawarkan Anmum™ Lacta yang dirumus khas untuk ibu menyusu dan seterusnya Anmum™ Essential untuk kanak-kanak.



Seperti yang diketahui, Fonterrra ditubuhkan daripada penyatuan antara Dairy Board, The New Zealand Dairy Group dan Kiwi Cooperative Dairies.