Bersedia untuk menjadi seorang ibu!

Perjalanan yang terindah bagi seseorang wanita adalah menanti ketibaan si manjanya. Dengan tip-tip daripada kami, anda akan mendapat maklumat tentang apa yang perlu dijangka agar anda bersedia menghadapi perjalanan yang akan datang.

Lagipun, menjadi seorang ibu merupakan suatu pengalaman yang lain daripada yang lain, dan kami pasti kehadiran si manja akan mengubah dunia anda.
Ini adalah beberapa perkara yang kami harap dapat membantu anda bersedia untuk menjadi seorang ibu:

 

Anda berdua sudah bersedia

Setelah berbincang mengenai tanggungjawab sebagai ibu bapa dengan pasangan anda, anda berdua sudah pun bersetuju dan telah pun membuat keputusan – yang ini merupakan waktu yang terbaik untuk anda berdua menjadi ibu bapa! Anda kini sudah bersedia dan mampu memberikan komitmen penuh untuk memulakan keluarga.

Anda bersedia menerima perubahan dan anda berdua berasa gembira berkongsi masa dan menyambut kelahiran cahaya mata dalam kehidupan anda. Ia akan menjadi lebih mudah apabila anda dan pasangan anda bekerjasama kerana hubungan anda akan jadi lebih stabil.

 

Anda sudah bersedia dari segi kewangan

Anda telah meluangkan banyak masa dalam perihal kewangan, dan segala perbelanjaan telah diambil kira. Anda telah pun bermula menyediakan wang simpanan bagi memberikan yang terbaik untuk anak anda. Perlu tip tambahan? Ketahui bagaimana untuk bersedia dari segi kewangan di sini.

 

Anda sudah bersedia dari segi fizikal

Selain daripada persediaan dari segi mental, anda juga menjaga kesihatan badan anda. Malahan, anda kelihatan berseri dan lebih bersedia berbanding dahulu. Anda sudah menyemak BMI pra-kehamilan anda (kami mempunyai arahannya di sini) dan BMI anda berada di paras yang sihat (di antara 18.50 – 24.99). Atau, anda sudah mengambil langkah positif untuk mengubah berat badan anda, dan memahami kemungkinan berlakunya komplikasi ketika hamil. Persediaan dari segi pemakanan adalah penting, kerana semakin anda bersedia dalam hal ini, semakin baik untuk anak anda dalam masa jangka panjang. Dapatkan lebih banyak nasihat pemakanan daripada kami di sini

Namun, itu bukanlah satu-satunya perubahan positif yang diambil demi masa depan anak anda. Ya, sekarang anda dan pasangan anda juga akan mengurangkan merokok dan pengambilan alkohol. Malah, jika anda berjaya hamil, anda akan bersedia untuk menghentikan tabiat itu sama sekali.

 

Bersedialah apabila anda bersedia! Pendek kata kita tidak boleh bersedia sepenuhnya untuk menjadi seorang ibu, tetapi kita percaya jika kita lebih bersedia, semuanya berjalan lebih lancar.

Cubalah lakukan penyelidikan dan berbincang dengan rakan-rakan anda yang mempunyai anak kecil atau menjaga kanak-kanak kerana semua ini dapat membantu anda memahami apa yang diperlukan untuk bersedia sebagai bakal ibu dan bapa.