Marilah bersedia dari segi kewangan!

Anak-anak merupakan anugerah terindah, oleh itu kami memahami bahawa setiap ibu bapa ingin memberikan yang terbaik unutk anak-anak mereka.

Kita bukan sahaja melaburkan wang untuk anak-anak kita, malah kita juga menanam harapan dan impian kita pada mereka . Pelaburan untuk impian dan potensi anak anda bermula sebelum anda hamil, di mana bakal ibu seperti anda juga perlu mengamalkan diet yang berkhasiat, seimbang dan pelbagai . Yum!

 

Permulaan Awal

Ingin tahu seawal mana yang anda boleh memulakan perjalanan ini? Beberapa pengiraan ringkas dalam perbelanjaan harian boleh membantu anda dalam masa jangka panjang – walaupun sebelum anda mengambil langkah yang besar ini. Bertindak sekarang, dan anda boleh mempunyai permulaan yang baik. Tidak lama lagi, anda akan mendapati bahawa barangan mewah atau berjenama tidaklah begitu penting berbanding dengan membeli sesuatu yang istimewa untuk si manja.

 

Rancang terlebih dahulu

Jika anda sedang merancang untuk kehamilan, sedikit penyelidikan diperlukan untuk mengetahui faedah kesihatan dan insurans serta polisi pendidikan yang tepat agar ia berbaloi pada jangka masa panjang, di samping memberikan anda ketenangan hati untuk masa akan datang. Ingatlah, anda dan anak anda akan melalui perjalanan hidup ini bersama! Tambahan pula, majlis menyambut kelahiran bayi merupakan satu cara untuk melibatkan keluarga dan rakan-rakan anda dalam perjalanan keibuan anda– mereka mungkin akan berkongsi kegembiraan dengan menghadiahkan pakaian dan mainan untuk si manja anda.

 

Hak di tempat kerja

Kebanyakan wanita hari ini mempunyai kerjaya sendiri dan juga tanggungjawab sebagai seorang ibu. Mujurlah, tugas baru anda sebagai ibu tidak semestinya bermaksud anda perlu melepaskan punca pendapatan daripada kerjaya sekarang dan mengubah kesediaan kewangan anda. Undang-Undang Buruh di Malaysia menyatakan bahawa seorang pekerja wanita berhak mengambil cuti bersalin tidak kurang daripada 60 hari berturut-turut dan memperoleh elaun bersalin yang berkenaan dalam tempoh yang layak tersebut.

Walaubagaimanapun, kelayakan anda untuk mendapat elaun bersalin bergantung kepada beberapa keadaan, jadi sila berunding dengan pihak majikan anda tentang elaun bersalin terlebih dahulu.

Pertimbangan Secara Menyeluruh
Sama seperti perkara lain yang besar atau kecil, anda akan menyediakan segala keperluan untuk anak anda; sama ada pakaian, mainan atau tempat tinggal untuknya. Jadi, permikiran jangka panjang semasa merancang kewangan anda dapat membantu anak anda mencapai potensi penuhnya.