Tahukah Anda Bahawa DARJAH KECERDASAN EMOSI (EQ) adalah Peramal Kejayaan yang Lebih Baik BERBANDING IQ?

Tahukah Anda Bahawa DARJAH KECERDASAN EMOSI (EQ) adalah Peramal Kejayaan yang Lebih Baik BERBANDING IQ?


 

IQ sememangnya penting dalam tumbesaran. Walau bagaimanapun, keupayaan seseorang untuk mengawal emosi dan menguruskan interaksi dengan orang lain adalah penting untuk menyokong prestasi akademik, kesihatan mental dan hubungan sosial1 pada masa hadapan.

Bantulah perkembangan tingkah laku emosi anak anda seawal mungkin!

 

file

 

Petua #1 Kenali perasaan 

Bantu mereka mengenal pasti pelbagai jenis perasaan dengan perkataan-perkataan mudah seperti gembira, sedih, marah, teruja dan seterusnya emosi yang lebih sukar seperti kecewa, cemburu dan kesal. 

Bercerita adalah cara yang baik untuk menerangkan emosi. Kad imbas juga boleh membantu. 

 

Petua #2 Hadapi emosi

Tunjukkan kepada mereka cara menyelesaikan konflik dengan aman. Kenal pasti cara atau aktiviti untuk anak anda menenangkan dirinya sendiri. Galakkan anak anda untuk berbuat demikian. Tunjukkan bahawa mereka berupaya mengawal perasaan mereka, walau dalam apa jua situasi. 

Bantu mereka membezakan antara perasaan dan tingkah laku, seperti: ‘’Tidak mengapa untuk rasa marah, tetapi tidak boleh memukul orang lain.’’

 

Petua #3 Contoh Yang Baik

Kanak-kanak belajar dengan meniru anda! Anak anda memerhatikan respon anda dalam situasi yang sukar. Oleh itu, adalah penting bagi anda untuk menunjukkan contoh yang baik. 

Jika anda gagal mengawal perasaan, terangkan kepada mereka sebabnya. Kongsi dengan mereka bagaimana seharusnya anda menangani situasi tersebut.

 

Kanak-kanak yang mengalami kekurangan zat besi didapati kurang aktif, kurang emosi dan tidak berhubung2. Anmum™ ESSENTIAL GOLD mengandungi Zat Besi dan MFGM. Kajian saintifik menunjukkan peningkatan kawalan emosi dan tingkah laku dalam kanak-kanak yang diberikan MFGM3.

 

References:
1. Center on the Developing Child. (2004). Children’s emotional develop is built into the architecture of their brains. https://developingchild.harvard.edu/resources/childrens-emotional-development-is-built-into-the-architecture-of-their-brains/
2. Ferreira et al. (2019). Pharmaceuticals. 12, 126.
3. Veereman-Wauters et al. (2012). Nutrition 28, 749-752.