Mengapa makan comot adalah biasa?

Ini adalah sebab-sebab mengapa membenarkan anak anda makan dengan cara mereka sendiri– walaupun comot – adalah biasa.

Sebagai ibu, kita sering dipersalahkan kerana tidak mengawal perangai anak kita apabila mereka makan dengan comot di meja makan, tetapi kita tahu bahawa makan comot itu merupakan satu proses normal yang dilalui oleh semua kanak-kanak. Anak-anak kita tidak dilahirkan dengan kemahiran menggunakan sudu garpu seperti kerabat diraja. Memegang kutleri dan memahami etika sosial adalah sesuatu yang perlu dipelajari. Sepertimana anda membiarkan anak anda merangkak dan berjalan sebelum menunggang basikal. Anda hendaklah membiarkan mereka makan dengan satu-satunya cara yang mereka tahu – dengan comot!

1. Ini akan membantu perkembangan cara mereka makan

Kanak-kanak belajar tentang tekstur dan rasa pelbagai jenis makanan dengan cara mereka tersendiri. Mereka belajar tentang ciri-ciri makanan yang mereka hendak makan, seperti bijirin gandum mempunyai tekstur yang lembut dan tidak perlu dikunyah terlalu banyak, manakala makanan lain seperti anggur itu rangup dan berjus.

2. Ini merupakan proses pembelajaran

Makan comot boleh membantu koordinasi mata dan tangan yang akan mendorong mereka belajar memegang kutleri. Kanak-kanak juga akan berasa seronok untuk belajar and mengetahui pelbagai perkara lain, seperti melecek kacang pis akan meratakannya, meletakkan sos epal di dalam hidung mereka akan berasa aneh, serta menjatuhkan makanan ke lantai akan membuatkan ibu marah!

 

3. Ini merupakan permainan sensori

Sensori sentuhan yang dialami oleh kanak-kanak ketika makan comot boleh membantu mereka untuk memproses dan membina respons terhadap maklumat yang diterima melalui memegang dan bermain dengan makanan mereka. Ini mungkin bertentangan dengan naluri anda untuk membersihkan anak setiap kali selepas suapan, tetapi kami menggalakkan jangan sentiasa mengelap mulut anak anda atau menghalang mereka daripada makan dengan sendiri kerana ini akan menghalang anak anda mengalami pembelajaran dan pengalaman sensori yang menarik.

Kini anda telah dilengkapkan dengan pengetahuan tentang kebaikan makan comot, anda boleh bergembira dengan anak anda ketika waktu makan! Tetapi bersedialah dengan strategi untuk mengemas selepas makan.