Peranan Nutrisi Penting dan Diet Yang Seimbang Sepanjang Kehamilan

Qaseh

Umum mengetahui bahawa betapa pentingnya diet yang seimbang dan bernutrisi tinggi bagi seorang wanita hamil. Diet yang seimbang penting untuk ibu dan juga perkembangan janin dalam kandungan.

Amalan pemakanan yang bernutrisi tinggi ketika mengandung juga penting untuk menyokong keperluan nutrisi harian anda serta mungkin boleh mempengaruhi tumbesaran janin. Sebaik sahaja anda dan pasangan mula merancang untuk memiliki cahaya mata, bakal ibu dinasihatkan untuk mengambil asid folik tiga bulan sebelum kehamilan bagi membantu janin mendapat zat yang diperlukan.

Oleh itu, adalah sangat penting untuk Mama mendapatkan nutrien-nutrien termasuk vitamin dan mineral yang diperlukan sepanjang tempoh kehamilan. 

Kenapa Ibu Hamil Memerlukan Nutrisi Penting dan Diet Yang Seimbang?

1. Anemia

Anemia atau kurang darah adalah satu keadaan di mana jumlah sel darah merah (hemoglobin) Mama berada di bawah paras normal. Anemia boleh menyebabkan Mama mudah menjadi penat dan letih akibat kekurangan oksigen.

Hal ini kerana, hemoglobin yang terkandung di dalam sel darah merah berperanan menyalurkan oksigen dari paru-paru ke seluruh tubuh badan. Kurangnya sel darah merah ini akan menyebabkan anda tidak mendapat oksigen yang mencukupi, lalu mudah berasa penat, emosi mudah terganggu, dan lemah. 

Salah satu penyebab anemia adalah kekurangan zat besi. Wanita hamil yang mengalami anemia pula berisiko untuk melahirkan bayi tidak cukup bulan atau berat badan bayi yang rendah.

Oleh sebab itu, penting untuk Mama mengamalkan diet seimbang dengan zat besi yang mencukupi sepanjang kehamilan. 

2. Saiz Janin Dalam Kandungan Kecil 

Janin dalam kandungan membesar pada kadar yang tersendiri. Saiz janin memainkan peranan penting dimana ia menunjukkan janin anda membesar dengan baik dan mendapat sumber nutrisi yang mencukupi. 

Bukan itu sahaja, malah kekurangan nutrien juga boleh memberi kesan kepada tumbesaran janin.

3. Kecacatan Kongenital/Sejak Lahir

Dalam sesetengah situasi, kecacatan janin boleh berlaku dan tidak dapat dielakkan. Namun demikian, pemakanan yang mengandungi nutrien tinggi semasa hamil dapat membantu mengurangkan risiko.

Contohnya, kekurangan folat mungkin meningkatkan risiko janin mengalami kecacatan di tiub neural seperti spina bifida.

4. Kekurangan Kalsium

Janin anda memerlukan sejumlah kalsium yang diperlukan untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat. Janin dalam kandungan mendapat zat kalsium daripada ibunya. Sekiranya pengambilan kalsium Mama tidak mencukupi, kalsium dalam tulang ibu akan digunakan untuk menyokong keperluan janin.

Kekurangan kalsium juga boleh menyebabkan si ibu kehilangan kepadatan tulang, kekejangan otot dan kerosakan gigi. Oleh demikian, amat penting untuk Mama mendapatkan nutrien yang mencukupi seperti kalsium sepanjang kehamilan.

Zat-zat Penting Semasa Hamil

Untuk mengelakkan perkara ini, Mama harus menjaga pemakanan harian sepanjang kehamilan. Antara zat-zat penting yang harus diambil oleh ibu hamil

  • Folat/Asid folik: Penting untuk perkembangan sistem saraf. Ia penting untuk pembentukan sel darah merah, membantu untuk mengekalkan pertumbuhan dan perkembangan janin. Wanita yang merancang untuk hamil dinasihatkan untuk mengambil asid folik 400mcg setiap hari dan diteruskan sepanjang kehamilan.

  • Protein: Membina dan memperbaiki tisu badan serta penting untuk pertumbuhan dan perkembangan.

  • Kalsium: Membantu dalam pembentukan tulang dan gigi yang kuat. Jika anda mahu tulang dan gigi anda kekal kuat semasa mengandung, dapatkan kalsium yang anda perlukan sekarang.

  • Zat Besi: Dapat membantu mengatasi risiko anemia ketika hamil dan ia berperanan menghantar oksigen ke seluruh badan dan kepada janin anda.

Kepentingan Susu Pra-Natal Buat Ibu Hamil

Adalah penting untuk Mama mengambil vitamin-vitamin yang disarankan doktor sebagai suplemen tambahan. Minum air secukupnya. Mama juga boleh mengambil susu untuk ibu hamil sebagai sebahagian diet seimbang harian. Susu merupakan sumber kalsium, vitamin D dan protein. 

Ibu yang hamil merupakan sumber nutrien utama buat janin yang sedang membesar. Pemakanan anda semasa hamil boleh memberi kesan kepada perkembangan janin. Susu pra-natal dapat membantu membekalkan nutrien penting semasa mengandung.

Ramai ibu-ibu mengamalkan minum susu segar, namun adakah anda pasti susu segar boleh memenuhi keperluan nutrisi kehamilan Mama? Keperluan pemakanan anda meningkat semasa hamil. Susu pra-natal adalah dirumus khas untuk menyokong keperluan pemakanan yang meningkat semasa hamil. Cuba lihat perbezaan antara kandungan nutrien yang terkandung di dalam susu biasa dengan Anmum™ Materna.

Berdasarkan carta di atas, susu Anmum™ Materna, susu pra-natal nombor satu* di Semenanjung Malaysia telah dirumus khas untuk memenuhi keperluan nutrien penting yang diperlukan ketika hamil.

*Berdasarkan Audit runcit bagi Kategori Minuman Makanan Kesihatan selama 12 bulan yang berakhir pada Februari 2020 di Semenanjung Malaysia (Hak Cipta © 2020, The Nielsen).

Anmum™ Materna diformulasikan secara saintifik untuk menyokong keperluan pemakanan Mama sewaktu mengandung. Dengan hanya dua gelas sehari, Mama akan mendapat 100% keperluan kalsium dan asid folik. Ia juga mengandungi DHA, zat besi dan probiotik. Malah, Anmum™ Materna juga rendah lemak dan tanpa gula tambahan**.

**Hanya untuk Anmum™ Materna biasa sahaja. Perisa Coklat ialah kurang manis.

Anmum™ Materna – Menyokong Keperluan Nutrisi Penting Kehamilan Anda

Walaupun Mama sibuk dengan kehidupan harian, Mama masih boleh mendapatkan nutrien penting yang diperlukan ketika anda hamil dengan mengambil Anmum™ Materna setiap hari sebagai sebahagian daripada diet seimbang harian.

Jom Dapatkan Sampel Anmum™ Materna Secara PERCUMA 

Menyokong keperluan pemakan penting sepanjang kehamilan dengan Anmum™ Materna.  Mama berpeluang untuk merasai sendiri kebaikan Anmum™ Materna dengan medapatkan sampel PERCUMA di sini hari ini!

Mama juga boleh mendapatkan maklumat lanjut bagaimana Anmum™ Materna membantu ibu mendapatkan nutrien yang diperlukan dengan melayari laman web rasmi dan Facebook Anmum™ Materna, atau dengan menonton AnmumTV di YouTube.

 

To request for a free sample, please visit https://www.anmum.com/my/en/sample-request

Source from Kelab Mama
https://www.kelabmama.com/peranan-nutrisi-penting-diet-yang-seimbang-kehamilan/