Isu Ini Selalu Semua Ibu Terlepas Pandang Sewaktu Mengandung

Aimi Raihana Mudzakir

Setiap wanita yang sudah berkahwin pasti gembira apabila mendapat berita kehamilan mereka. Maklumlah akan menimang cahaya mata tidak lama lagi. Anda pasti sudah membayangkan pelbagai makanan lazat yang anda boleh minta suami belikan nanti bukan?

Selera makan sudah pasti akan bertambah sewaktu hamil. Ramai ibu hamil gunakan alasan ‘makan dua orang’ sampai terlupa pantau tahap gula dalam darah sendiri. Isu ini mungkin remeh tetapi selalunya ibu hamil akan terlepas pandang perkara ini..

BOLEH MENGHADAPI RISIKO PENYAKIT KENCING MANIS SEWAKTU HAMIL (GDM)

Sekiranya ibu hamil telah didiagnosis menghidapi penyakit kencing manis sewaktu hamil (GDM), anda tidak boleh skip pantau tahap gula dalam darah. Ini bagi menjaga kesihatan anda dan janin dalam keadaan baik sepanjang kehamilan dan mengurangkan risiko komplikasi dan kesukaran ketika melahirkan anak.

Doktor pasti ada menasihatkan anda untuk mengurangkan pengambilan gula, makanan dan minuman tinggi gula. Selain daripada itu, pemakanan seimbang termasuk mengambil susu pra-natal tanpa gula tambahan juga merupakan salah satu pilihan bijak untuk mengawal jumlah pengambilan gula anda.

Apa kemungkinan yang akan terjadi sekiranya paras gula darah ibu hamil tinggi dan tidak dikawal?

JANIN AKAN MEMBESAR SECARA BERLEBIHAN DALAM RAHIM

Janin akan beri respon dengan menghasilkan lebih banyak insulin. Kesannya, janin akan membesar secara berlebihan dalam rahim. Janin yang besar akan menyukarkan proses kelahiran. Anda mungkin bersalin dengan pembedahan caesaerean.

IBU AKAN MENGHADAPI RISIKO MENGHIDAP PENYAKIT KENCING MANIS JENIS 2 PADA MASA HADAPAN

Biasanya tahap gula darah anda akan kembali ke tahap normal selepas kelahiran. Sekiranya anda pernah menghidap kencing manis sewaktu hamil, anda berisiko tinggi untuk mendapat GDM lagi semasa kehamilan akan datang dan diabetes jenis 2 dalam tempoh 5 hingga 10 tahun selepas kehamilan. Bukan kepada ibu sahaja, anak anda juga boleh menghadapi risiko yang sama.

Oleh itu, ibu-ibu perlu mengawal paras gula dalam darah sewaktu hamil. Bagi mengawal tahap gula dalam darah, anda boleh mengubah cara pemakanan dengan mengambil makanan dan minuman yang rendah gula termasuk susu tanpa gula tambahan sebagai sebahagian pemakanan seimbang dan kerap bersenam. Jangan skip ya!

Bagi mengamalkan minum susu yang tanpa gula tambahan sewaktu hamil, kami syorkan anda untuk minum susu ini..

ANMUM MATERNA, MEMBANTU MENYOKONG KEPERLUAN PEMAKANAN IBU HAMIL

Ramai yang mengamalkan pengambilan susu Anmum Materna sebagai sebahagian daripada diet seimbang harian sewaktu hamil. Susu ini sentiasa menjadi pilihan kerana ia membantu menyokong keperluan pemakanan ibu hamil. Ia merupakan susu pra-natal nombor satu* di Semenanjung Malaysia!

*Berdasarkan Audit Runcit untuk Makanan & Minuman Berkhasiat untuk 12 bulan berakhir Februari 2020 di Semenanjung Malaysia (Copyright © 2020, The Nielsen Company (M) Sdn. Bhd.)

Anmum Materna, susu yang diformulasikan untuk ibu mengandung. Senang cerita, susu ini menyokong keperluan nutrisi yang penting untuk ibu hamil.

SATU-SATUNYA SUSU PRA-NATAL TANPA GULA TAMBAHAN

Anmum Materna merupakan satu-satunya susu pra-natal tanpa gula tambahan (untuk varian biasa) dan rendah lemak. Selain mengandungi DHA dan gangliosida, ia juga mengandungi prebiotik dan probiotik yang membantu menjaga persekitaran usus yang baik. Tahukah anda bahawa 70% sistem pertahanan badan kita sebenarnya berada dalam sistem pencernaan kita.

AMBIL DUA GELAS SETIAP HARI UNTUK NUTRIEN – KALSIUM & ASID FOLIK YANG MENCUKUPI

Amalkan 2 gelas susu Anmum Materna setiap hari untuk mendapatkan 100% kalsium dan asid folik yang diperlukan sewaktu hamil. Ia menyediakan zat besi bersamaan dengan zat besi yang terdapat di dalam 19 cawan sayur brokoli dan folat di dalam 17 biji oren. Dapatkan nutrien yang diperlukan sepanjang kehamilan.

Selepas ini anda minumlah susu Anmum Materna sewaktu hamil ya. Semoga kandungan anda membesar dengan baik!

Untuk info lebih menarik tentang Anmum Materna, klik sini untuk dapatkan sampel percuma Anmum Materna.

 

To request for a free sample, please visit https://www.anmum.com/my/en/sample-request

 

Source from Sirap Limau
https://siraplimau.com/isu-ini-selalu-semua-ibu-terlepas-pandang-sewaktu-mengandung/