Pengambilan Gula Yang Tinggi Mungkin Memberi Kesan Kepada Ingatan & Pembelajaran

Intan Mahsuri
anmum essential


Saban hari kita disajikan dengan pelbagai bentuk tulisan, video dan acara televisyen yang menyentuh mengenai kepentingan pengambilan susu buat kanak-kanak. Apa yang penting ialah anak-anak menerima nutrisi dan zat yang lengkap bagi membantu tumbesaran dan perkembangan mereka.

Terdapat banyak komen daripada ibu-ibu di laman sosial yang mengaitkan pengambilan susu dengan gula tambahan menyebabkan anak mereka menjadi hiperaktif ataupun hilang selera makan. Namun begitu, kesan-kesan tersebut masih belum disahkan melalui kajian sedia ada.

Manakala, impak pengambilan gula tambahan berlebihan kepada tumbesaran kanak-kanak sebenarnya jauh lebih besar kerana ianya boleh mengganggu perkembangan otak anak kita

Di sini kami kongsikan mengapa situasi ini berlaku.

ELAK PENGAMBILAN SUSU DENGAN GULA TAMBAHAN.

Susu merupakan sumber nutrisi yang baik untuk menyokong tumbesaran tubuh kanak-kanak. Akan tetapi, banyak susu rumusan untuk kanak-kanak mengandungi gula tambahan dalam rumusannya. Kesan gula tambahan itu ada terutamanya apabila kanak-kanak mengambil 3 hidangan sehari dan mengambil makanan dan minuman bergula yang berlebihan dalam diet seharian mereka.

Kajian menunjukkan bahawa pengambilan minuman bergula yang semakin banyak, skor kecerdasan anak akan berkurangan*. Sememangnya, ini akan memberi kesan terhadap proses pembelajaran dan ingatan kanak-kanak.

Oleh itu, elakkan pengambilan susu dengan gula tambahan. Kalau boleh semak dahulu label kandungan susu pilihan anda sebelum buat sebarang pembelian.

*Rujukan:

 

– Cohen et al. (2018). Am J Prev Med. 54(6), 727-735.

 

BAGAIMANA UNTUK MENGENALPASTI GULA TAMBAHAN DALAM SUSU ANAK ANDA?

Sebenarnya mudah untuk anda kenalpasti kandungan gula tambahan dalam susu rumusan kanak-kanak yang ada di pasaran. Perhatikan label pada bahan-bahan yang digunakan. Jika anda ada melihat senarai bahan-bahan seperti pepejal sirap jagung (tumbuh-tumbuhan), pepejal sirap glukosa (tumbuh-tumbuhan) atau Laktosa (susu lembu) seperti yang tertera pada ramuan diatas, elakkan pembelian.

Hal ini kerana semua bahan diatas adalah contoh gula tambahan yang telah diguna pakai dalam rumusan susu kanak-kanak tersebut.

PILIH SUSU DENGAN KANDUNGAN NUTRISI YANG TINGGI & TANPA GULA TAMBAHAN

Oleh itu, dapatkan susu yang bernutrisi tinggi. Perkara ini penting kerana kanak-kanak memerlukan diet seimbang agar tubuh mereka mendapat sumber Protein, Kalsium, Magnesium dan Vitamin yang mencukupi. Sekaligus, membantu menyokong perkembangan tubuh dan otak kanak-kanak.

 

Dengan AnmumTM ESSENTIAL, anda boleh menarik nafas lega kerana ianya mengandungi 15 Nutrien penting untuk perkembangan kanak-kanak. Diperkaya dengan Asid dokosaheksaenoik (DHA), Membran Globul Lemak Susu (MFGM) + Gangliosida (GA) & Inulin yang baik untuk membantu menyokong perkembangan otak dan sistem penghadaman kanak-kanak*.

*Rujukan:

- Lauritzen et al. (2016). Nutrients. 8 (1), [6]

– Palmano et al. (2015). Nutrients. 7, 3891-3913

– Veereman-Wauters et al. (2012). Nutrition. 28, 749-752.

- Schaafsma & Slavin. (2015). Compr. Rev. Food Sci. 14, 37-47

 

ANMUMTM ESSENTIAL. SOKONGLAH 8 PERKEMBANGAN PENTING KANAK-KANAK!

Adalah penting untuk menyokong 8 perkembangan penting kanak-kanak iaitu pembelajaran, perlindungan, persekitaran usus yang baik, tumbesaran & perkembangan menyeluruh, penglihatan, fokus, perkembangan emosi dan perkembangan sosial.

 

Di samping itu, AnmumTM ESSENTIAL merupakan satu-satunya susu rumusan untuk kanak-kanak berusia 1 hingga 6 tahun tanpa gula tambahan.  Maka, tidak hairanlah AnmumTMESSENTIAL adalah antara susu rumusan untuk kanak-kanak yang menjadi pilihan utama di pasaran pada ketika ini.

Walau bagaimanapun, penting untuk kita pantau diet pemakanan harian anak-anak kita. Walaupun susu membantu membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh, tetapi pengambilan sayur, buah-buahan, daging dan ikan tetap perlu diberikan kepada mereka kerana ia merupakan sumber nutrisi utama untuk perkembangan kanak-kanak.

Buat para ibu bapa di luar sana buatlah pilihan susu yang tepat untuk anak anda. Bagi yang berminat nak dapatkan susu AnmumTM ESSENTIAL, anda boleh berbuat demikian di Get Your Free Sample | AnmumTM Materna, Lacta & Essential Malaysia.

Untuk ibu bapa yang nak tahu lebih lanjut mengenai susu AnmumTM ESSENTIAL, anda boleh layari

https://www.anmum.com/my/ms/products/anmum-essential.