8 Fakta Menarik Tentang Perkembangan dan Pertumbuhan Anak Anda

Izzati Saadin
mom-playing-with-child

Ketahui lebih lanjut fakta penting perjalanan pertumbuhan anak anda.


 

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak berusia 1 hingga 6 tahun, adakah anda meneliti perkembangan anak secara menyeluruh? 


Dan maksud menyeluruh di sini menurut pakar kanak-kanak Dr. Yong Junina Fadzil & Dr Rajini Sarvananthan, selain hanya pada perkembangan minda dan fizikal, sebenarnya ada banyak lagi perkara penting yang ibu ayah perlu peka.

Antara perkembangan penting yang perlu diberi perhatian adalah seperti:

1. Fizikal

2. Persekitaran usus yang baik

3. Daya ketahanan badan

4. Pembelajaran

5. Perkembangan mata

6. Keupayaan untuk Fokus

7. Perkembangan Sosial

8. Perkembangan Emosi

Sekiranya 8 perkara ini ditekankan/diberi tumpuan rapi dalam perkembangan anak barulah boleh dikatakan kanak-kanak sebenarnya membesar dengan sihat dan menyeluruh. 

Tidak terkejut jika dikatakan majoriti ibu bapa hanya fokus pada perkembangan intelek dan fizikal saja kerana memang dua perkara itu saja yang ditekankan dalam keibubapaan secara turun temurun.

Jadi di sini kita boleh berkongsi ilmu mengenai perkembangan lain yang perlu diberi perhatian agar anak-anak tidak ketinggalan dalam mencapai perkembangan ideal mengikut peringkat dan usia mereka.

 

8 Perkembangan anak yang penting untuk ibu bapa beri perhatian

#1. Perkembangan fizikal

Dalam perkembangan fizikal ini bukan sekadar berat badan dan tinggi yang ideal, ia termasuk juga kemahiran motor halus dan sensori.

Dan apa yang boleh membantu kanak-kanak mencapai perkembangan fizikal yang sihat adalah melalui pemakanan yang seimbang serta aktiviti fizikal harian mereka.

Aktiviti fizikal bermaksud melakukan aktiviti-aktiviti yang menggerakkan anggota badan termasuklah bersenam, berlari, melompat, peluang untuk bergerak dan bermain dengan kanak-kanak lain.

Kanak-kanak cenderung lebih aktif ketika berada di luar rumah dan bukannya ketika berada di dalam rumah.

Aktiviti fizikal menyokong pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Ia membantu membina komposisi badan yang lebih baik, tulang dan otot yang lebih kuat. Ia juga meningkatkan kecergasan kardiovaskular anak. Aktiviti fizikal membantu dalam perkembangan kemahiran motor yang lebih baik dan kemahiran berkonsentrasi serta berfikir.

#2. Persekitaran usus yang baik

Penting untuk menyerap nutrien yang dimakan oleh kanak-kanak secara optimum bagi menyokong perkembangan fizikal yang baik.

Usus yang sihat dapat menerima dan mencerna makanan dan menyerap nutrien dengan berkesan. Dalam kajian terbaru menunjukkan bahawa mikrobiota usus kita mempengaruhi sistem ketahanan tubuh – jadi semua ini perlu dalam keadaan baik untuk membantu perkembangan anak yang menyeluruh.

Badan kita menyerap hampir semua nutrisi melalui usus. Maka, anak-anak mendapat nutrisi yang paling banyak daripada makanan yang mereka makan apabila mereka mempunyai persekitaran usus yang baik. Oleh itu, amatlah penting untuk mengekalkan persekitaran usus yang baik untuk menyokong penyerapan nutrien yang optimum.

Dan secara amnya ia bergantung pada mikrobiota kita, ekosistem yang merangkumi puluhan trilion bakteria bermanfaat yang hidup di dalam badan, dan kebanyakannya terdapat di dalam usus.

Jadi apabila mikrobiota sihat, ia dapat mengurangkan keradangan, membantu menjaga lapisan dinding usus yang baik dan meningkatkan sistem ketahanan badan.

Tahukah anda bahawa 70% daripada sistem ketahanan badan kita berada di dalam usus? Oleh sebab itu, persekitaran usus yang baik memainkan peranan penting.

#3. Daya Ketahanan Badan

Ibu bapa harus mengambil kira pelbagai faktor yang memainkan peranan dalam ketahanan tubuh yang baik dan kuat untuk melawan segala jenis penyakit yang biasa menjangkiti kanak-kanak.

Keadaan persekitaran usus yang baik tadi berkait rapat dengan daya ketahanan badan kanak-kanak, jadi pengambilan pemakanan seimbang serta pengambilan susu yang sesuai adalah penting.

Susu yang diformulasikan khas untuk membantu menyokong perkembangan kanak-kanak yang menyeluruh perlulah mengandungi nutrien penting yang diperlukan badan iaitu Protein, Kalsium, Zink, Zat besi, Vitamin A, Vitamin D, Vitamin E, Vitamin C, Vitamin B2, Vitamin B6 & B12.

#4. Pembelajaran

Antara yang paling penting dan sememangnya ibu bapa sentiasa tekankan pada anak-anak. Ia adalah kemahiran kognitif untuk membantu kanak-kanak mempelajari semua benda baru dalam kehidupannya.

Ibu bapa perlu pastikan anak-anak mendapat nutrien yang diperlukan serta mengamalkan pemakanan seimbang termasuklah sumber makanan yang tinggi dengan DHA kerana ia bagus untuk menyokong perkembangan otak1.

Kajian menunjukkan bahawa DHA membantu menyokong proses pembelajaran kanak-kanak. MFGM adalah membran globul lemak susu yang mengandungi Gangliosida dan Fosfolipid yang juga didapati di dalam otak.

#5. Perkembangan mata

Menyokong perkembangan mata yang baik pada kanak-kanak amatlah penting kerana ia dapat membantu kanak-kanak lebih fokus dalam rutin harian serta pembelajaran mereka.

Jadi untuk penjagaan mata, anak anda perlu mengambil Vitamin A yang mencukupi, yang mana nutrien ini boleh membantu menyokong fungsi mata mereka. Kajian turut menunjukkan bahawa DHA didapati dengan banyak di dalam mata.

#6. Keupayaan untuk Fokus

Seperti yang disebut tadi, kemahiran kanak-kanak untuk fokus sangatlah besar impaknya. Fokus dan kemahiran pendengaran merupakan asas bagi pembelajaran bahasa yang berkait rapat dengan kebolehan mereka untuk bercakap, berinteraksi dengan ibu ayah serta menerima arahan

Jika tidak diberi perhatian, kebolehan mereka untuk bercakap sekurang-kurangnya 2 patah perkataan mungkin akan terjejas (speech delayed).

#7. Perkembangan sosial

Keupayaan kanak-kanak dalam bersosial dengan rakan-rakan sebaya atau orang ramai juga amatlah penting dan perlu dititikberatkan. Ia bagus untuk melatih mereka lebih yakin dalam bercakap dengan orang dan secara tidak langsung membina personaliti yang disenangi.

Disebabkan itu pentingnya kandungan Vitamin B1, B2 dan B3 untuk membantu membebaskan tenaga daripada makanan bagi menyokong aktiviti sosial serta interaksi anak-anak.

#8. Perkembangan emosi

Kanak-kanak berusia antara 1 hingga 3 tahun sememangnya masih tidak pandai untuk mengawal emosi, walau bagaimanapun ia boleh diajar oleh ibu bapa sejak dari awal.

 

Klik di sini untuk ketahui lebih lanjut bagaimana ibu bapa boleh membantu perkembangan anak secara menyeluruh menurut pakar kanak-kanak.

Sokongilah 8 Perkembangan* Penting Anak Anda

Memang agak sukar untuk ibu ayah meneliti kesemua 8 aspek perkembangan penting anak, apatah lagi jika setiap satunya perlu ada penyelesaian yang berbeza. Anmum Essential Gold mengandungi nutrien-nutrien penting yang diperlukan oleh kanak-kanak yang sedang membesar. Sokonglah 8 perkembangan* penting anak.

*dengan pemakanan yang baik dan stimulasi yang sesuai

 

Apakah yang ditawarkan oleh Anmum Essential Gold?

 

 

  • Mengandungi lebih 33% DHA^ (berbanding dengan satu hidangan Anmum Essential)
  • Hadir dengan MFGM + GA**
  • Mengandungi Prebiotik
  • Mengandungi 15 nutrien penting termasuk: Protein, Kalsium, Vitamin D dan Zink yang tinggi untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak.
  • ^berbanding dengan satu hidangan Anmum Essential

    **GA® merujuk kepada Gangliosida

    Anmum Essential Gold dihasilkan dengan kebaikan susu dari New Zealand yang disokong dengan kepakaran sains dari Pusat R&D Fonterra di New Zealand yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman lebih daripada 90 tahun.

    Eksklusif buat pembaca theAsianparent Malaysia, dapatkan Anmum Essential Gold 550g hari ini pada harga hanya RM30. 

    Mudah sahaja! Ikut langkah-langkah berikut untuk menebus baucar.

    Cara-cara menebus baucar:

    1. Klik di sini

    2. 550g, tekan Tambah ke Troli / Beli sekarang (Pastikan anda masuk ke akaun Shopee anda)

    3. Dalam halaman Troli Membeli Belah sebelum Daftar Keluar, klik pada Pilih Atau Masukkan Kod.

    4. Dalam halaman Baucar Shopee, masukkan Baucar Shopee & klik Guna

    5. Kemudian isi alamat penghantaran, dan pilih butiran pembayaran.

    6. Sebaik sahaja selesai, klik Tempah Pesanan.

    7. Pesanan selesai sebaik sahaja bayaran berjaya.

     

     *Tertakluk pada syarat & terma.

    • Promosi: DISKAUN RM9
    • Kod Baucar Promosi: ANMTAP30 (hanya untuk produk Anmum Essential Gold 550g sahaja) Kuantiti penebusan: 1,000 baucar sahaja.
    • Tempoh: 26 Julai – 30 September 2021

     Rujukan:

    1. Lotte Lauritzen, Paolo Brambilla, Alessandra Mazzocchi, Laurine B. S. Harsløf, Valentina Ciappolino,and Carlo Agostoni (Jan 4, 2016), DHA Effects in Brain Development and Function, from https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4728620/
    2. Connye N. Kuratko, Erin Cernkovich Barrett, Edward B. Nelson, and Salem Norman, Jr. (July 19, 2013), The Relationship of Docosahexaenoic Acid (DHA) with Learning and Behavior in Healthy Children: A Review from https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3738999
    3. Shindou et al. (2017). J. Biol. Chem. 292(20), 12054-12064.
    4. Northamptonshire Healthcare NHS Foundation Trust. Speech & Language Therapy – Pre-school Setting & Schools Referral Toolkit. Retrieved on 2nd August 2021 from https://www.nhft.nhs.uk/download.cfm?doc=docm93jijm4n10037
    5. Patricia A. Prelock, PhD, CCC-SLP, Professor & Chair, Tiffany Hutchins, PhD, Lecturer, and Frances P. Glascoe, PhD, Professor (July 11, 2003). Speech-Language Impairment: How to Identify the Most Common and Least Diagnosed Disability of Childhood from www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2491683/

     

    Sumber dari theAsianparent: https://my.theasianparent.com/8-perkara-penting-dalam-perkembangan-anak