Perkembangan 'kritikal' generasi alfa

MyMetro

KANAK-KANAK masa kini berusia satu hingga enam tahun tergolong dalam kategori 'generasi alfa' atau generasi yang dilahirkan dalam dunia digital yang pantas.

Ini secara tidak langsung menjadikan perkembangan keseluruhan anak-anak semakin kritikal bukan sekadar kesihatan fizikal sebaliknya mental dan emosi selain sosial perlu diteliti ibu bapa.

Merujuk kepada generasi alfa dilihat semakin cerdik atas faktor akses maklumat dari hujung jari, kadangkala melangkaui kapasiti ibu bapa untuk memenuhi keperluan lain.

Situasi itu boleh dilihat menerusi kaji selidik dalam talian Anmum Essential baru-baru ini menunjukkan sembilan daripada 10 ibu bersetuju terdapat banyak aspek tumbesaran dan perkembangan anak-anak mereka yang memerlukan sokongan.

Kajian itu juga meninjau 304 ibu di Malaysia yang mempunyai anak berusia satu hingga enam tahun dengan sebilangan mereka mengakui tidak memberi perhatian sama rata terhadap setiap aspek perkembangan anak mereka.

Mengulas mengenai cabaran buat ibu bapa masa kini, Pakar Perunding Umum dan Pakar Perkembangan Pediatrik Dr Rajini Sarvananthan tidak menolak generasi alfa yang dilahirkan dalam dunia digital sering terdedah kepada aktiviti pada skrin peranti pintar dan peningkatan masa di hadapan skrin ini mendatangkan mudarat kepada penglihatan kanak-kanak selain kurangnya pengisian bagi merangsang perkembangan sosial serta mental.

Anmum Essential Gold

USUS juga antara aspek dijaga menerusi kebaikan prebiotik dalam susu berkenaan

 

"Ibu bapa masa kini lebih mudah menenangkan anak mereka dengan peranti pintar yang mana boleh mengundang kepada masalah penglihatan di awal usia.

"Masalah deria itu jika tidak diberikan perhatian memberi impak negatif terhadap keupayaan koordinasi motor halus, ketangkasan dan manipulasi serta persepsi mendalam.

"Ini juga mempengaruhi keupayaan untuk bergerak di permukaan yang tidak rata, tangga dan laluan mendaki selain kemahiran literasi dan numerasi yang boleh mengakibatkan masalah kurang perhatian serta ketidakupayaan belajar," katanya.

Menyentuh kepada aspek perkembangan sosial dan emosi yang selalu tidak diendahkan ibu bapa kata Dr Rajini, dua perkembangan itu membolehkan kanak-kanak memahami diri serta lebih ekspresif apabila berinteraksi dengan orang ramai.

Secara tidak langsung kombinasi dua perkembangan itu membantu mereka membentuk dan mengekalkan hubungan positif, mengurus dan menangani emosi dengan lebih baik selain penyertaan mereka dalam kelompok masyarakat terutama rakan sebaya.

MFGM atau membran globul lemak susu, adalah kunci di mana kajian saintifik menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mengambil MFGM mempunyai pengawalan emosi dan tingkah laku yang lebih baik.

Pemakanan dan rangsangan yang baik adalah penting untuk menyokong lapan aspek penting dalam perkembangan kanak-kanak antaranya pertumbuhan fizikal, persekitaran usus, daya tahan tubuh, perkembangan kognitif, perkembangan mata, keupayaan memberi tumpuan dan belajar, perkembangan sosial serta emosi.

 

Source from MyMetro https://www.hmetro.com.my/WM/2020/08/607427/perkembangan-kritikal-generasi-alfa