Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Susu untuk ibu hamil amat penting bagi menyokong keperluan pemakanan ibu yang meningkat dan seterusnya menyokong perkembangan janin.


Sebaik sahaja mengetahui anda kini sudah berbadan dua, pelbagai perasaan pastinya melanda diri. Lebih-lebih lagi jika ibu mengandung anak pertama. Perubahan badan dan keperluan pemakanan mungkin menyebabkan anda memerlukan susu untuk ibu hamil bagi menyokong keperluan nutrisi untuk diri dan janin dalam kandungan.

Semasa 12 minggu pertama sewaktu hamil, tubuh ibu cenderung mengalami banyak perubahan disebabkan oleh ‘pembawakan budak’. Sesetengah ibu berdepan simptom mengandung seperti mudah berasa penat, mual-mual, muntah, sensitif terhadap bau, sakit kepala, perut rasa tidak selesa dan sebagainya.

Namun jangan risau, setiap perjalanan yang anda tempuhi sepanjang kehamilan perlu dinikmati kerana ia bakal menjadi pengalaman yang mungkin tidak akan dilupakan.

 

5 Sebab Susu Ibu Mengandung Perlu Diambil Sepanjang Tempoh Kehamilan

 

Justeru kami menyarankan anda mengambil 2 gelas susu untuk ibu hamil setiap hari seawal trimester pertama. Antara 5 sebabnya ialah:

1# Membantu membina dan membaiki tisu badan

Kandungan protein dalam susu ibu mengandung merupakan salah satu sumber protein baik yang membekalkan kesemua asid amino perlu. Tahukah anda plasenta akan membentuk saluran-saluran darah sebanyak dalam lingkungan 50 km1? Protein memainkan peranan penting semasa kehamilan bagi membantu membina dan membaiki tisu-tisu badan.

2# Membantu membina dan membaiki tisu badan

Vitamin D amat penting untuk menyokong badan melakukan proses penyerapan kalsium dengan baik. Menurut Saranan Pengambilan Nutrien untuk Malaysia 2017, amaun vitamin D yang disyorkan semasa kehamilan adalah 15μg / hari.

Pengambilan vitamin D yang mencukupi semasa mengandung amatlah penting bagi membantu menyokong perkembangan rangka janin2.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (2016) mengatakan bahawa pemakanan ibu yang baik adalah penting untuk kedua-dua ibu dan juga janin yang dikandungkan.

3# Menyokong pertumbuhan dan pembahagian sel ibu dan janin

Ketika berbadan dua, keperluan pemakanan ibu turut meningkat. Pengambilan folat yang mencukupi adalah amat penting terutamanya semasa trimester pertama untuk menyokong pertumbuhan dan pembahagian sel-sel ibu dan janin yang berlaku dengan pesat.

Susu untuk ibu hamil telah diperkayakan dengan folat agar membantu memenuhi keperluan folat ibu mengandung & janin.

4# Sumber kalsium penting

Saranan Pengambilan Nutrien untuk Malaysia 2017 menyarankan wanita hamil mengambil 1,000mg kalsium setiap hari. Garis Panduan Diet Malaysia 2020 juga menyarankan untuk mengambil 2 gelas susu setiap hari sebagai sebahagian diet seimbang.

Kalsium amat penting untuk membantu menyokong pertumbuhan dan perkembangan tulang dan gigi yang kuat. Tahukah anda, sekiranya pengambilan kalsium ibu hamil tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan janin, ianya akan diserap daripada tulang ibu3?

5# Kepentingan kandungan DHA dan probiotik semasa hamil 

Ketika mengandung, para ibu hendaklah memastikan keperluan khasiat yang mencukupi untuk tubuh dan janin dalam kandungan. Selain asid folik / folat, kalsium dan zat besi,  DHA- asid lemak omega 3, dan probiotik juga perlu dipertimbangkan oleh para ibu.

Pengambilan DHA semasa kehamilan dapat membantu menyokong perkembangan otak, mata dan sistem saraf janin4

Golongan ibu mengandung juga dicadangkan untuk mengambil DHA sebanyak 200 mg sehari5

Probiotik adalah sejenis bakteria baik yang hidup yang akan memberikan manfaat kepada tubuh badan. Sesetengah jenama susu ibu hamil mengandungi probiotik di mana ia penting untuk menjaga persekitaran usus yang baik serta membantu melancarkan sistem pencernaan agar menyokong penyerapan nutrien yang efektif.

Susu AnmumTM MATERNA menjadi pilihan kebanyakan ibu mengandung di Malaysia

Bagi memudahkan anda membuat pilihan susu untuk ibu mengandung yang tepat, kami menyarankan anda mengambil AnmumTM MATERNA. Hal ini kerana ia mengandungi nutrien-nutrien penting yang membantu untuk menyokong 100 peratus keperluan nutrisi^ anda. Adalah penting untuk menyokong 8 aspek penting sepanjang tempoh kehamilan.

Menurut kajian, 9 daripada 10 ibu mengandung di Malaysia tidak mengambil folat, kalsium dan serat makanan yang mencukupi. Untuk pengetahuan anda, peratus/jumlah ibu hamil di Malaysia yang mengambil nutrien-nutrien yang mencukupi berdasarkan Saranan Pengambilan Nutrien untuk Malaysia hanya adalah:

  • 3% bagi folat
  • 2.6% bagi kalsium
  • 5.1% bagi serat makanan
  • 25.6% bagi vitamin D
  • 70.5% bagi zat besi

 

Pengambilan dua gelas AnmumTM MATERNA setiap hari sebagai sebahagian daripada diet seimbang mampu menyokong keperluan pemakanan ibu hamil.

Ibu usah ragu-ragu kerana AnmumTM MATERNA adalah satu-satunya susu pra-natal tanpa gula tambahan, rendah lemak dan rendah GI (Perisa Biasa: GI – 23, Perisa coklat: GI-26). Ia diformulasikan khas untuk membekalkan nutrien yang diperlukan bagi menyokong perjalanan kehamilan anda.

Anmum™ MATERNA menggabungkan DHA, MFGM + Gangliosida (GA®), prebiotik & probiotik dengan nutrien-nutrien penting untuk kehamilan termasuk asid folik, kalsium dan zat besi.

Anmum™ MATERNA diperbuat dengan susu tepung dari New Zealand. Ia kini boleh didapati dalam dua perisa lazat iaitu Biasa (tanpa gula tambahan) dan Coklat (kurang manis).

Antara kebaikan yang terkandung dalam susu AnmumTM MATERNA ialah:

1. Tinggi asid folik - Membantu mengekalkan pertumbuhan dan perkembangan janin

2. Tinggi kalsium - Membantu dalam perkembangan tulang dan gigi yang kuat.

3. Probiotik dan prebiotik - Gabungan probiotik dan prebiotik membantu menjaga persekitaran usus ibu yang baik.

4. MFGM + Gangliosida (GA®) -  MFGM adalah membran globul lemak susu yang mengandungi GA® dan fosfolipid. Ia merupakan komponen penting yang boleh didapati dengan banyak pada otak.

5. Asid dokosaheksanoik (DHA) - DHA adalah nutrien penting bagi perkembangan otak janin

6. Zat besi - Sangat penting untuk pembentukan sel darah merah bagi menyokong peningkatan jumlah darah sebanyak 50% semasa kehamilan. Sekiranya hamil kembar, ia meningkat lebih banyak (~ 60%)

Justeru adalah penting untuk ibu menyokong 8 aspek penting kehamilan. Ambillah susu Anmum™ MATERNA hari ini.

 

Tahukah ibu bahawa anda memerlukan 17 biji oren setiap hari untuk mencapai 100% keperluan nutrisi folat dan 4 cawan susu segar untuk memenuhi keperluan kalsium harian ketika kehamilan? Sebenarnya ia boleh didapati dengan mudah dalam dua gelas Anmum™ MATERNA.

Untuk keterangan lanjut mengenai susu AnmumTM Materna atau tujuan mendapatkan sampel, ibu-ibu boleh terus layari laman web rasmi Anmum Materna

Jangan lupa, anda juga boleh menyokong keperluan pemakanan semasa menyusu dengan mengamalkan AnmumTM LACTA yang menggabungkan DHA, MFGM + Gangliosida (GA), prebiotik dengan nutrien penting, termasuk kalsium dan vitamin B untuk menyokong keperluan nutrisi ibu-ibu yang menyusukan anak.

Khas Buat Anda

Eksklusif untuk pembaca dan pengikut TAP, jangan lupa untuk mendapatkan diskaun sebanyak RM5 AnmumTM MATERNA 650g (sekarang dengan harga RM35.90). Kod Baucar Promo: MATAP5OFF (hanya sah untuk pembelianAnmumTM MATERNA 650g di Shopee. Ia terhad untuk 1,000 orang sahaja bermula tarikh 1  – 30 September 2021. 

AnmumTM MATERNA  sekarang juga boleh didapati dalam pek percubaan 350g di Lotus dengan harga RM25.90 sahaja.

Rujukan:

  1. (n.d) Smith C. (2005). The placenta – a mathematical model. Retrieved from: https://www.thenakedscientists.com/articles/science-features/placenta-mathematical-model
  2. (n.d.) Wagner C., Taylor S., Johnson D., and Hollis B. (2012). The role of vitamin D in pregnancy and lactation: emerging concepts. Retrieved from www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4365424/
  3.  NIH Osteoporosis and Related Bone Diseases ~ National Resource Center. (2018). Pregnancy, breastfeeding and bone health. Retrieved from https://www.bones.nih.gov/health-info/bone/bone-health/pregnancy
  4.  (n.d.) Greenberg J,. Bell S., Ausdal W. (2008). Omega-3 Fatty Acid Supplementation During Pregnancy. Retrieved from www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2621042/
  5. (2017) Ministry of Health Malaysia. Recommended Nutrient Intakes for Malaysia. Retrieved from

    https://nutrition.moh.gov.my/wp-content/uploads/2017/05/FA-Buku-RNI.pdf

    ^Untuk Asid Folik, Kalsium, Zink, Vitamin B2, Vitamin B6 dan Vitamin E, dengan 2 gelas sehari (RNI Malaysia, 2017)