Anmum™ MATERNA: Satu-satunya susu pranatal tanpa gula tambahan#. Sokonglah 100%^ keperluan kehamilan


Kajian mendapati bahawa 9 daripada 10 wanita hamil di Malaysia tidak mengambil folat, kalsium and serat makanan yang mencukupi [1],[2]. Kekurangan pengambilan kalsium ini juga mungkin menjadi lebih parah memandangkan hanya 25.6% wanita hamil mengambil Vitamin D[3] yang mencukupi yang diperlukan oleh badan bagi menyerap kalsium[4]. Tambahan pula, bukan semua wanita hamil di Malaysia mengambil zat besi yang mencukupi untuk menyokong kehamilan mereka[2].

Anmum™ MATERNA, jenama prenatal No.1 di Malaysia* diformulasikan secara saintifik dengan nutrien-nutrien penting untuk menyokong keperluan pemakanan kaum wanita hamil di Malaysia. Nutrien-nutrien seperti asid folik dan kalsium adalah penting untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan janin sambil membina dan mengekalkan tulang dan gigi yang kuat bagi ibu dan janin.

Wanita hamil mempunyai keperluan nutrisi yang lebih tinggi. Cara yang lebih mudah untuk mendapat zat yang mencukupi untuk menyokong kehamilan adalah melalui pengambilan susu pranatal sebagai sebahagian daripada diet yang seimbang.

Anmum™ MATERNA menyokong 100% keperluan nutrisi kehamilan^. Ia disokong oleh pusat penyelidikan dan pembangunan Fonterra di New Zealand yang mempunyai lebih daripada 90 tahun pengalaman dalam penyelidikan dan kepakaran sains.

Terdapat 8 aspek penting semasa kehamilan yang harus diperhatikan. Anmum™ MATERNA menggabungkan DHA, MFGM + Gangliosida (GA), Prebiotik, Probiotik Bifidobacterium lactis HN019 (DR10™) dan nutrien-nutrien penting yang lain termasuk folat, kalsium dan zat besi, di mana kesemuanya amat bermanfaat bagi si ibu mengandung dan janinnya yang sedang berkembang. Selain tambahan prebiotik serta probiotik untuk membantu menyokong sistem penghadaman dan pertahanan tubuh badan, Anmum™ MATERNA juga rendah lemak, rendah GI, dan merupakan satu-satunya susu pranatal yang tidak mengandungi gula tambahan.#

Mengikut Dr Chuah Bee Poh, Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi dari pusat perubatan Sunway Medical Centre Velocity, pengambilan nutrien yang mencukupi semasa hamil membantu mengurangkan risiko morbiditi ibu, termasuk anaemia, penambahan berat badan yang berlebihan semasa hamil, gestational diabetes mellitus (GDM) atau kencing manis kehamilan, preeklampsia, kelahiran pramatang dan keguguran. [5]"

Terdapat hasil penyelidikan yang menunjukkan bahawa kekurangan zat makanan ibu yang hamil mungkin membawa kesan pengaturcaraan jangka panjang terhadap risiko mengidap penyakit tidak berjangkit pada masa akan datang[6]”. “Salah satu mikronutrien yang mustahak bagi ibu mengandung adalah asid folik. Tumbesaran janin menyebabkan peningkatan jumlah sel-sel yang membahagi dengan laju, mengakibatkan keperluan folat yang lebih tinggi untuk perkembangan janin yang sihat. Asid folik adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan janin termasuk pembentukan tiub saraf. Asid folik membantu tubuh mengurai, mengguna dan membuat protein baru, yang merupakan blok bangunan sel tubuh badan kita. Ia juga mempunyai peranan yang penting dalam penghasilan DNA dan pembentukan sel darah merah,” jelasnya.

Dr Chuah juga menekankan kepentingan kalsium yang mencukupi bagi wanita hamil. “Semasa mengandung, badan anda perlu membekalkan kalsium kepada janin anda untuk membantu pembentukan struktur penting seperti tulang rangka, selain memperbaiki dan menambah keperluan kalsium bagi tulang dan gigi anda. Sekiranya pengambilan kalsium anda tidak mencukupi, kalsium yang dibekalkan kepada janin anda akan berasal daripada tulang dan gigi anda – jadi, jika anda inginkan tulang dan gigi yang kekal kuat semasa dan selepas kehamilan, anda perlulah mengambil kalsium yang mencukupi. Pengambilan kalsium daripada 2 gelas susu segar biasa hanya dapat memenuhi lebih kurang 50% keperluan harian wanita hamil. Oleh kerana itu, adalah lebih baik untuk mengambil susu kehamilan yang telah diperkayakan.

Pada masa yang sama, prebiotik dan probiotik juga dapat membantu mengekalkan kesihatan keseluruhan, terutama sekali bagi penghadaman dan penyerapan nutrien.

“Ahli-ahli sains telah melakukan penelitian yang terperinci mengenai potensi prebiotik dan probiotik untuk membantu memulihkan keseimbangan bakteria baik dalam usus. Ini seterusnya dapat membantu kita, termasuklah wanita hamil, supaya mempunyai persekitaran gastrointestinal yang baik,” kata Dr Khamsiah Muda, seorang Pakar Obstetrik & Ginekologi, dan juga pengasas Hospital Wanita & Kanak-kanak ANDORRA.

 

2 gelas Anmum™ MATERNA mempunyai kandungan folat bersamaan dengan 17 biji buah oren, kandungan kalsium yang bersamaan dengan 4 cawan susu segar, dan kandungan zink yang serupa dengan 7 keping isi ikan salmon (salmon fillet). Tambahan pula, Anmum™ MATERNA juga diformulasikan dengan MFGM, Gangliosida (GA), DHA, prebiotik, dan juga probiotik Bifidobacterium lactis HN019 (DR10™). Dengan peningkatan keperluan pemakanan semasa kehamilan, adalah mustahak untuk menyokong 8 aspek penting dalam kehamilan.

Anmum™ MATERNA boleh didapati di pasaraya besar, pasaraya dan juga di kedai-kedai runcit, mahu pun atas talian melalui kedai-kedai rasmi Anmum™ MATERNA, LACTA & Essential di Lazada or Shopee. Anda boleh dapatkan sampel percuma Anmum™ MATERNA DI SINI

Anmum™ MATERNA telah muncul sebagai pemenang untuk kategori Susu Pranatal, dalam BabyTalk Readers’ Choice Awards baru-baru ini.

*No 1* dalam nilai di Semenanjung Malaysia dalam Kategori Minuman Makanan Kesihatan. *Berdasarkan Audit Runcit untuk Makanan & Minuman Berkhasiat untuk 12 bulan berakhir April 2021 di Semenanjung Malaysia. (Hak Cipta © 2021, The Nielsen Company (M) Sdn. Bhd)
^Untuk Asid Folik, Kalsium, Zink, Vitamin B2 dan Vitamin E, dengan 2 gelas dalam sehari (RNI Malaysia, 2017)
*Untuk perisa biasa sahaja

Rujukan:

[1] Manaf et al. (2014). Jurnal Sains Kesihatan Malaysia. 12(2), 53-62.

[2] Hamid et al. (2019). Int. J. Environ. Res. Public Health. 16, 4720.

[3] Woon et al. (2019). PLoS ONE. 14(6), e0216439.

[4] Calcium and Vitamin D: Important at Every Age | NIH Osteoporosis and Related Bone Diseases National Resource Center. (2018). Retrieved 10 May 2021, from https://www.bones.nih.gov/health-info/bone/bone-health/nutrition/calcium-and-vitamin-d-important-every-age.

[5] Sawal Hamid, Z. B., Rajikan, R., Elias, S. M., & Jamil, N. A. (2019). Utilization of a Diet Optimization Model in Ensuring Adequate Intake among Pregnant Women in Selangor, Malaysia. International journal of environmental research and public health, 16(23), 4720. https://doi.org/10.3390/ijerph16234720

[6] Pullar, J., Wickramasinghe, K., Demaio, A. R., Roberts, N., Perez-Blanco, K. M., Noonan, K., & Townsend, N. (2019). The impact of maternal nutrition on offspring’s risk of non-communicable diseases in adulthood: a systematic review. Journal of global health, 9(2), 020405. https://doi.org/10.7189/jogh.09.020405

 

Penafian: 

#Sukrosa, Pepejal Sirap Glukosa, Pepejal Sirap Jagung, Gula Perang, Dekstrosa, Laktosa, Fruktosa, Madu dan Gula Putih ditakrifkan sebagai ‘gula’ dan ‘gula tambahan’ di bawah CODEX Standard 212-1999 dan CAC/GL23-1997. CODEX membangunkan garis panduan dan kod amalan piawaian makanan antarabangsa yang diselaraskan. Di bawah Peraturan-peraturan Makanan 1985, Sukrosa, Gula Perang, Dekstrosa, Glukosa, Fruktosa, Madu ditakrifkan sebagai bahan pemanis. Untuk Anmum™ Materna Biasa sahaja. Perisa coklat adalah kurang manis.